//🌈
17/04/17-As a girl.

Monday, April 17, 2017 @ 3:10 AM | 0 Comment [s]

Hi.Macam biasalah waktu tengah malam macam ni.Aku bertukar jadi owl yalah sepasang mata aku ni payah sangat nak lelap.Insomnia weh,setelah aku melakukan pembacaan dengan gigih ternyata semua simptom/fakta/punca/akibat pasal insomnia aku dah baca dan ternyata kena dengan aku.

Tapi entry harini bukan pasal insomnia.Aku nak cakap,terima kasihlah kepada satu manusia ni yang sudi tagged aku dekat blog dia walaupun aku ingat zaman blogging blogging ni dah tamat.Yalah dah maju,semua hadap smartphone mana ada hadap laptop sangat. Disini,aku sertakan "sisi sebenar farisya yang comel" (tolong jangan muntah)

Sebagai perempuan :-

Dekat sini aku nak memberi penekana bahawa aku ialah manusia biasa tidak lari daripada kesilapan.Hahah betul lah,manusia mana sempurna.Siapalah kita untuk menjurikan seseorang.
Aha,aku memang suka gila kartun.Memang aku ee tak bolehlah tak tengok kartun.Paling favorite aduh macam cerita disney princess tu ke,barbie tu ke.Apa-apalah yang penting bukan movie bergenre seram dengan ngeri. Selain kartun,aku suka tengok telemovie penyiasatan dengan misteri.Sebagai contoh seperti yang dinyatakan pada entry sebelum ialah telemovie Special Victim Unit,CSI ke.Sekarang aku tengah layan telemovie How To Get Away with Murder. Akan datang,13 reason Why.Aku mengucapkan terima kasih kepada Darina & Co sebab kenalkan aku dengan movie ni. Paling aku menyampah cerita ngeri,seram apa-apalah.Contoh human centipede ke,saw ke,final destination ke.What on earth,aku kalau dapat pengarah dia memang aku tembak kepala dia kenapalah cipta movie diluar kotak tu.Sumpahlah aku tak boleh tengok!!!

Aku pun pelik kenapa tak boleh pergilah dengan kpop drama ni.Macam macam cara aku try,tapi takboleh juga.Padahal secara majoritinya member aku semuanya minat korea.Sampai ada je taktidur,sengih-sengih,jerit-jerit bila menonton.Aku kadang terpinga dan terkelu sajalah labu sebab tak faham. Aku lebih prefer movie dengan lagu lagu klasik macam lagu pramlee tu. Paling favorite lagu yang merundum hati ini bertambah pilu. Macam lagu jeritan batinku,barang yang lepas jangan dikenang,takpun jangan tinggal daku.Paling aku sensitif dengar lagu itu apa tu,air mata di Kuala Lumpur. Klasik-klasik pun takdela aku minat lagu zaman pop yeh-yeh,zaman retro tu semua.Oh tidak! 

Walaupun pedih untuk mengakui,tapi ianya kenyataan.Aku memang bedepot hahaha aku memang insecurelah bab skincare,healthcare apa semua tula.Lantakla duit aku banyak habis yang penting muka aku takde parut. Serik eh bila dulu,hmm dululah muka aku breakout.Sekarang, say no to acne!!

Aku memang tak suka tengok wayang langsung,karoke pun kurang jugak.Aku lebih suka kedai buku ke,guardian ke,watson ke,body shop ke.Takpun,macam kedai kedai yang ada jual barang vintage ke,barang yang ada diy bilik,rumah dan sebagainya.Aku taktahula kenapa.Memang takboleh aku.Waterpark pun aku takminat.Hiking ke eee kenapalah kawan aku semua minat benda-benda tu semua.Kesian aku,otak tak berkembang.Hahahah!

Pasal pemakanan.Ha,ni aku cemburu dengan member aku.Kalau pergi seoul garden aku tengok sedap jelah dorang ni pelahap daging.Mana mana tempat kalau nak makan,daging dulu dorang sebat.Aku?Alah,itu takleh.Ni takboleh.Ni punca,haih malas nak ceritalah.Bab minuman,kadang-kadang tercabar eh keimanan.Aku coolblog tak boleh minum,aiskrim takboleh.Naik sampai kepala sakit dia.Agaknya ais banyak sangat.

Ingat lagi aku waktu aiskrim magnum tengah famous.Ibu belanja,aku makan satu je pun.Sedap tu sedap,tapi entah kenapa aku boleh demam.Semenjak daritu,memang aku tak ambil dah benda benda macam tu.Tapi aku bedepot gak.Hahahaha

Hobi aku.Alah biasalah typical perempuan.Membaca.Aku baca apa je.Komik,novel cinta cintun tu.Novel lawak-lawak ke,novel fixi.Tapi aku tak baca sangat bahan ilmiah tu.Asal page satu mulalah saiton ni pijak kelopak mata aku.Tu yang tak boleh baca sangat.Hahahah kalau komik ke,buku resipi ke,kemain celik lagi biji mata.

Pasal warna.Aku suka warna merah.Merah lambangkan keberanian.Haah,berani sangat.Aku nampak kucing pun bulu roma aku dah lain macam.Aku akui la,kucing tu comel.Tapi bukan aku la nak pegang kucing tu.Aku tak boleh blah betul peristiwa aku dengan kucing ni tau. Hahahaha


Pasal cinta pulak.Ini aku taktahu nak komen macam mana.Sebab hahaahha ah malas nak cerita.Sampai sekarang aku tak boleh move on.Cukupla sekali.Yang penting aku dah puas bahagia dengan si dia. Sekarang,aku fikir aku nak enjoy je ngan ibu aku,kawan kawan aku.Hiks hiks awak yang sedang mempertahankan negara dan berteduh dibumi kenyalang itu,semoga sihat walafiat yee! Hahahaa alah,cerita lama nak ingat buat apa.

Sebagai manusia,aku lebih suka mendengar dari berkata-kata.Biarlah orang yang menilai aku,sebab aku taktahu diri aku pada pandangan mata orang.Tak kisahlah siapa pun orang tu,yang sudi berkawan dengan aku,aku terima.Mana ada manusia yang sempurna.Sebab kawan nila yang terdekat selepas keluarga kan.Kalau takde kawan,sunyi beb.Cukuplah ada kawan yang ada masa susah senang,sihat sakit,nangis ketawa.Aku bersyukur,kawan kawan aku semua baik-baik.Ada dengan aku masa jatuh bangun,nangis ketawa semualah.Walaupun masyaallah perangai dengan mulut tu cam anat sikit.Astaghfirullah,tercarut. Hari-hari aku mengharapkan teguran,sebab teguran boleh buatkan aku lebih positif dan baik dari sebelumnya. Orang lain cermin diri kita,dia yang nampak.Apa-apa kritikan kena terima.

Aku ni pendiam dan pemalu.Sebab tu susah buat kawan.Hiks,kesian farisya.


Oleh itu,disini.Aku nak tag,






Dahlah,dah pukul 3 pagi.Selamat malam!
farisya comel :p


Older Post
Hi


A cute girl who love Augustus Waters & Tobias Eaton. Perhaps I was too quick to fall in love with a character that is in the fault in our stars & the divergent series.

“A trophy carries dust. Memories last forever.”


Navigations!

Diary About Stuff Site


Wish List

Bachelor of Political Science,Ukm
Wonderful family & friends
Mini Cooper
Travelling at Bora-bora Island
 Add Me Follow Me Follow Me
Ask.fm : nfarishaaaa

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Farisya Azwa

Best View at GOOGLE CHROME!