//🌈
04/03/2017

Saturday, March 4, 2017 @ 1:13 PM | 0 Comment [s]

Sabtu yang indah bersama Innershine. Mereputnya aku dalam bilik ni si darina balik,jahar,tiqa & aliaa pun balik tinggal aku,pika dengan si aty. Aty sibuk dengan bsmm dia,pika entah kemana.Aku jelah mereput dalam bilik layan lagu wany hasrita dok ulang dari tadi.

Baca buku jean jacques rousseau tu alahai lemah rasaaaaaa satu page baca dah mengantuk.Ni semua hasutan je ni,Masyaallah.

Semenjak masuk semester baru,seminggu je duduk bilik lama.Alhamdulillah dah nak masuk minggu keempat semester dua.Buat masa ni tiada feeling macam semester satu nak cabut balik melaka berhenti belajar dekat UKM ni hahahaha.

Masuk minggu kedua,aku dapat pindah bilik dapat roommate baru iaitu Darina.Hahahahahahha ni aku nak gelak,tapi tak boleh ceritala kenapa dapat duduk satu bilik. Tapi serious bersyukur dapat tukar bilik sebelum kena halau dapat notis sebab kena kosongkan aras.Sekurang-kurangnya dapat blok sama walaupun tragis,sendu,penat semuala masa nak angkut pindah barang. Dari aras satu ke aras lima.Ya allah,azabnya rasa macam baru masuk ukm.Hahaha. Tapi sekarang bilik aku memang besar gila,pemandangan pun cantik dan selamat aku nak sidai baju. Hakikatnya ampaian penuh dengan baju baju penghuni lain,aku ada ruang dalam bilik aku sendiri nak sidai baju.Takdela lagi manusia yang nak rembat baju aku.

Membe pun semua dah start lepak bilik aku tanpa gangguan. Bila lepak asik ketawa mengilai tah pukul berapa baru tidur, sekurang-kurangnya takdela kemurungan macam semester lepas sebab homesick.

Tapi betul la cakap orang. Dalam kebahagiaan yang baru nak dicapai tu mesti ada benda yang robek robek kegembiraan yang baru nak terpancar.
Ni pasal assignment. Ya allah sabar jelahhhhh dengan manusia macam ni.Aku beria ria whatsapp tanya bila nak start discuss,sebab assignment subject ni nak kena submit awal.Kang nanti busy quiz.Dengan assignment subject major dgn minor aku,sumpahlah benda ni dugaan.

Orang lain pun assignment bertimbun.Takpela kalau taknak buat lagi sekurang-kurangnya reply and bahagikan tugas.Bukan senyap plus bluetick.Memang menguji kesabaran betul la.Semoga Allah merahmati orang yang macam awak,dan akan datang awak takkan rasa apa yang saya rasa.


Apa aku nak taip tadi,rasa macam banyak.Memang macam banyak.tapi,kalau aku teruskan menaip banyak pulak yang sendu sebab terasa. Tapi itula walaupun ada yang tak baca,mesti ada seseorang yang akan baca juga hahahhaha apani farisya ayat belit belit.


Nanti dulula aku taip.


*kunyahkuaci*


Older Post | Newer Post
Hi


A cute girl who love Augustus Waters & Tobias Eaton. Perhaps I was too quick to fall in love with a character that is in the fault in our stars & the divergent series.

“A trophy carries dust. Memories last forever.”


Navigations!

Diary About Stuff Site


Wish List

Bachelor of Political Science,Ukm
Wonderful family & friends
Mini Cooper
Travelling at Bora-bora Island
 Add Me Follow Me Follow Me
Ask.fm : nfarishaaaa

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Farisya Azwa

Best View at GOOGLE CHROME!