//🌈
07/02/17

Tuesday, February 7, 2017 @ 4:58 PM | 0 Comment [s]

Entah berapa lama aku tak update blog aku pun tak ingat.rasanya lama dah.daripada 2010 aku pakai blog sampai sekarang aku berblog.Tapi tak aktif macam orang lain. Rasa nak update,aku update.Dan macam tula disebaliknya. 

Jangan terpedaya dengan gambar album Adele yang 21 tu sebab aku tak nak intro pasal dia.Aku nak cakap yang aku dah genap 21 tahun semalam.Semalam la semalam. 

Tak sangkanya umur aku dah 21.Kawan aku ada yang dah bertunang,ada yang nak kahwin.Terasa yang aku dah semakin dewasa namun fikiran yang keanak-anakan.Yalah nak balik ukm nangis lagi dalam bas.Hahahahaha homesick do tak pernah pisah dengan ibu. 

Nak cakap,terima kasih buat yang ke trillion kali kepada yang mengingati tarikh lahir saya dan mendoakan saya. Buat ibu,terima kasih masih melayani saya seperti puteri raja dan masak makanan favorite saya waima ikan pekasam keli ibu tu ibu goreng seketul untuk saya makan ianya memang sedap hingga menjilat kaki. Terima kasih ibu kerana menjaga,mendidik dan menyayangi saya serta mendoakan saya. Jasa ibu memang tak terbalas.

Habislah sampai situ.

Okay sekarang,aku nak cakap yang aku sebenarnya nak tulis. Tadi,...Tadi aku terbaca pasal drama movie Goblin mampu menyesatkan akidah.Peh ni kalau aku cakap dekat member member aku ni mati kena kecam hahahaha. Tapi seriouslah tadi aku baca artikel pasal Goblin mampu menyesatkan akidah yalah rupanya netizen cakap kalau hujan je mesti goblin nangis. Hahaha biasala drama tengah meletup siap package musim hujan pula sekarang tu yang jadi fenomena kut kenapa sesetengah masyarakat menulis di status FB,menaip setiap aksara ditwitter mengenai Hujan disebabkan Goblin nangis.

Tapi kalau gurau takpe, jangan percaya betul betul. Itu memang dah sesat akidah. Minta dijauhkan dengan perkara macamtu.

Cakap pasal membe aku,secara majoritinya diorang memang minat drama korea. Suka sangat menonton ha amik bahasa melayu baku kau,hahahah. Tak serious member member aku semua suka drama korea. Aku pun tak kisah asalkan diorang tak terpengaruh sudah. Biasala minat orang lain-lain.

Aku pula tengoklah drama apa,movie apa yang aku nak layan.Tapi please bukan drama atau movie hantu.Aku takkan tengok.Tapi sesekali tengok lah jugak.Itupun movie seram dulu dulu.Macam puaka niyang rapik ke,susuk ke,jangan pandang belakang ke.Sekarang aku kurang sikit tengok.Cerita ngeri-ngeri macam final destination ke saw ke memang aku tak tengok.Sebab ngeri sangat kalau tengah menonton tu rasa masyallah macam scene tu depan mata aku. Eeeee seram do peh meremang reroma aku bila teringat.

Tapi kalau ada orang tanya pendapat aku,drama apa yang best.Aku suggest kan Law & Order- Special Victim Unit & CSI. Tapi kalau suruh pilih satu,aku akan suggest Law & Order- Special Victim Unit.
Special Victim Unit ni cerita dia pasal jenayah yang memang ada dalam dunia ni.Contoh domestic violance,human trafficking, dadah semualah.Tapi dia lebih kepada kes-kes yang terjadi pada kanak-kanak dan wanita.Ini pada pandangan mata aku yang telah menonton SVU tu dari siri 12 sampai siri terkini, siri 18.

Secara keseluruhannya Special Victim Unit tu memang bagi pengajaran senang,banyak benda positif yang boleh buat contoh. Maksudnya,kalau ada mangsa rapist,dia mesti takut tak tahu nak buat apa.Tapi langkah yang ada, buat report, rape kit dan sebagainya. Dekat Amerika kan banyak juga kes jenayah yang macam ni rakyat dia diberi pendedahan tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa. Kalau dekat Malaysia ni memang ada, tapi faham-faham jelah segelintir masyarakat dekat sini dia punya mentaliti. Masih lagi tak sama macam rakyat jepun yang sudah berfikiran kelas pertama.






Bagi aku drama tu memang berguna sangat sekarang sebab dengan penjenayah yang kena tahan kat Kanada tu dah habis tempoh tahanan dan dihantar pulang ke Malaysia. Serious dengan ada whatsapp,telegram semualah yang hantar pasal dia memang serious menakutkan dan memang ada betul nya juga.

Cuma harap Allah makbulkan doa aku melindungi aku,keluarga dan rakan-rakan serta kaum wanita diluar sana. Jauhkanlah dari penjenayah kejam macam tu.


Well,try layan movie tu. Aku jamin drama tu takkan mengecewakan. 


Okay aku malas dah nak taip panjang-panjang.Ada masa aku taip lagi.Alahai macam ada orang nak baca pula.Hahahaha so bye-bye and Take Care 


By the way, *nakhadiah* 😎


| Newer Post
Hi


A cute girl who love Augustus Waters & Tobias Eaton. Perhaps I was too quick to fall in love with a character that is in the fault in our stars & the divergent series.

“A trophy carries dust. Memories last forever.”


Navigations!

Diary About Stuff Site


Wish List

Bachelor of Political Science,Ukm
Wonderful family & friends
Mini Cooper
Travelling at Bora-bora Island
 Add Me Follow Me Follow Me
Ask.fm : nfarishaaaa

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Farisya Azwa

Best View at GOOGLE CHROME!