"I wanna liberate my imaginations

to go beyond the cosmos."


26 June 2018Tuesday, June 26, 2018Leave a comment

Bonjour. Setelah beberapa bulan ye aku tak update blog aku yang serba serbi syahdu dan sendu ini ye. Gambar raya and kisah raya pun aku tak update. Kes masa habis sem pun aku tak update kan. Hahaha biarkan nanti pengakhirannya aku delete gak. 

Sempena 26 June hari ini ye hari ni bersaksikan lagu Dimatamu yang dinyanyikan oleh Pian menjadi peneman untuk aku update blog ni. Secara realitinya aku saja je update blog sebabnya dah lama aku tak update lepastu aku baru tukar skin. Memandangkan skin ni je ada yang aku musykil laman web blogskins yang dulu tu dah lenyap. Sama ada ianya muflis ataupun dah tutup. Atau, dah tukar link tu yang aku tak jumpa. Mujur ada blog siapa tah yang ada code so cam biasa aku copy and paste sajalah labu. 

Berdasarkan gambar tu ye lipstick k jangan menyempitkan pemikiran anda ye bila gambar lipstick je automatik make-up. Tapi memang make-up pun ala bongok. Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal skincare and skin aku yang menyebabkan aku murung dan malas bertingkat-tingkat serta down gila nak mampus. Berbekal duit raya aku yang tak seberapa tapi Alhamdulillah ada yang bagi moga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur dan limpahi mereka yang beri aku duit raya ni hihihihi aku pergi beli skincare. Sumpah aku malu, benci tengok muka aku yang breakout ni sampai satu tahap aku rasa nak je pergi beli kertas pasir kasi licin muka aku siap hilangkan parut ni halah menyampah tahu tak?

So permulaannya, aku beli foam cleanser-Eversoft (Avocado) and Gel Cleanser (Olay), Nivea (Mud Face Scrub), Serum-Garnier Sakura & Make-up remover (Garnier Colour Pink). 
Since raya keempat aku mula merawat muka aku and alhamdulillah aku bersyukur yang amat bahawa penderitaan aku pasal jerawat yang mekar tumbuh umpama cendawan dah mula kurang. Parut dah makin nipis. Aku berani pakai Garnier Sakura walaupun hanya serum sebab dulu aku pernah pakai rawat muka aku zaman sekolah yang breakout dan ianya berkesan walaupun masa dia menunjukkan perubahan tu dalam lingkungan 2 minggu. Tekstur dia macam yogurt, cepat absorb and paling penting wangi.

Disaat aku tengah baring melayan lagu pramlee aku pakai masker, lepastu aku tuam muka aku dengan ais kiub sampaikan adik aku marah aku asal dia buat ais kiub yang tukang perhabisnya aku. Ini sebabnya aku nak kasi muka aku smooth jee and kasi glowing ini aku baca kat mana aku dah lupa. Skrub nivea memang best and harga mampu milik. Aku pakai selang 2 hari yee. Sebab dengan persekitaran sekarang takut kalau tak skrub sel kulit mati tak terungkai yee. Ceh ayat aku terungkai macam cerita pasal bahan buatan polisterin.

Dengan perubahan yang walaupun takbanyak ni aku bersyukur lah and tak stress hihihi sekarang ni aku nak fokus kurus pulak. Yelah asik gemuk jee pakwe pun takde aku nak gak dating kat museum ke pergi taman negara ke hahahahahh kkk joke.


Haritu aku jumpa seseorang yang buat aku senyum sampai ketelinga seharian. Lepastu aku segan sendiri sampai sekarang aku takut nak buka fb sebab dia approve request aku. Bongok je kan. Hahahhaa kkk gerak lu!




10.55 pm
Taman Sri Aman.




Copyright ©.Layout by Evangelista.. All rights reserved 2011-infinity.